Wednesday, August 3, 2011

Bersawang sudah...

Dah lama aku tak bersiaran nih. Sibuk dengan hal-hal pindah rumah, dan Alhamdulilah selesai sudah urusan pindah randah tu.

OK! Ehemm...ehemmm...bersiaran semula kita. Hari ni masuk hari ke 3 umat Islam berpuasa. Dan Alhamdulilah, segalanya lancar dan teratur, belum tersekat. Hope, nak tersekat pun tgh bulan ler, dapatla buat kuih raya. Eh..mintak pulak, Tak salahkan!....sesetengah orang kalau disebut hal-hal uzur perempuan di bulan Ramadhan ni seolah-olah mcm satu benda sensitip, bagai ada yg mengata2 "eh..u ni, suka pulak haid, suke la takyah puasa." dan ada pulak yg mintak supaya haidnya tak keluar pada bulan ni supaya dapat beribadat cukup sebulan.Haisshh....Come on la girl..ni fitrah dan bonus cuti yang Allah bagi pada kita. Nak grab pahala di bulan Ramadhan ni, mcm2 kita boleh buat, such as kita menyediakan makanan bagi org berpuasa contohnya kita masak dan hidangkan makanan buat 3 org dalam keluarga kita, kita akan dapat pahala menyamai 3 org berpuasa pada hari tu. Wow!Lumayan tuh. Cuma kita tak dapatla pahala solat tarawikh, baca qur'an dan solat sunat yg lain. Gantikanlah dengan zikir, manalah tahu Allah gandakan pahala amalan zikir kita tu. Kalau nak diceritakan berkenaan ganjaran di bulan puasa ni, Ya Allah, takkan habis. Setiap amalan yang di buat pada pada bulan Ramadan ni akan digandakan, Insyaallah.

         "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan & keletihan (ihtisab), Di ampunkan segala dosa lalu" (Muttafaq'alaih)

Bayangkanlah...sekiranya kita menggunakan sepenuhnya bulan keberkatan ni, penutup bulan ni, kompom kita umpama bayi, bersih dan suci dari dosa. MasyaAllah. Lebih-lebih lagi sekiranya kita mendapat malam Lailatul-Qadar, kita umpama beribadat selama 1000 bulan. AllahuAkbar! Bagaikan 83 tahun. Ya Allah, indahnya ganjaran yang Allah janjikan pada kita. Bila LailatulQadar tu? Rasulullah bersabda bahawa malam LailatulQadar pada :-

1. 10 Malam terakhir.

2. Malam-malam ganjil (ganjil dari kebiasaan, ada pendapat mengatakan malam yang sunyi dan hening, kalau kita beribadah dan berdoa kita akan berasa amat sayu dan mengalirkan air mata).

Rasulullah S.A.W bersabda : Barangsiapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat separuh malam, barangsiapa solat berjemaah maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh. (Hadis riwayat Muslim)

Berpuasa sememangnya telah terbukti dari aspek kesihatan, sapa2 yang ada kencing manis ke darah tinggi ke cuba check after bulan puasa, kompom result down punya la sebab puasa ni masa utk minimize function of digestive system, focus more on the process of recovery, bagi la rehat kat perut n tali2 perut sikit, ini tak, selagi boleh sumbat...!(aku le tu..) Puasa jugak boleh remove your unnecessary toxic aka detox la.

Sebelum saya akhiri ceramah saya pada petang ini....ececeh..nak saya ingatkan..kadang2 saya pun buat benda ni, Mandi selepas Zohor adalah MAKRUH ok! dan mandi selepas berbuka pun tak bagus, boleh menyebabkan penyakit seperti Gout (betul ke eja?). Tak elok mandi lepas makan.Jadi bilanya nak mandi?Ntah..tak tahu. Ada Ustaz mengatakan mandila 10 minit sebelum mandi. Wallahua'lam.