Monday, February 7, 2011

Sekinchan lagi..

Layan sekichan Ikan Bakar lagi...plan asal nak carik makan kat Ikan Bakar Jln Bellamy, redah punya redah, pusing punya pusing beribu kali depan Jalan Istana tu, (nak carik jalan belakang) akhirnya jumpa...dan tutup...tanya pakcik jaga skolah, katanya hari cuti memang di tutup...hampehhh....
Sotong atas tu harganya RM8, Ikan pari besar tu RM9 dan Ikan Kembung RM10

Muzium Tentera Darat, Port Dickson

Muzium Tentera ni tak jauh dari resort yang kami nginap..nak masuk foc je..

Kagum sejenak bila masuk sini..bagus tuk bebudak sekolah ni..pelbagai keretapi lama, kereta kebal, meriam lama ada kat sini

Besar tu..teringin nak naik..

Bangunan muzium ni takde kelas cam muzium negara tu, bangunan kayu ala2 bangunan kem tentera. memang feeling masuk kem punya la, dan staf muzium juga berpakaian tentera (memang tentera pun, bahagian pentadbiran).

Setiap bilik muzium ni berkisahkan tentang era zaman kita dijajah sehingga zaman kemerdekaan. Ada kisah tentang wujudnya askar melayu, saya bangga sangat..bapa saudara saya (telah pun kembali ke rahmatullah) adalah salah seorang dari askar melayu sepuluh yang awal.

Bandar Melaka

Nak ke Bandar Melaka ni perlu Exit Ayer Keroh

Kreatif dan cantik..

Pandangan dari Ferris wheel (betul ke aku eja ni?), Bayaran untuk naik Ferris wheel ni hanya RM5

ok...Menara Taming Sari..tempat wajib kalau datang Melaka

Bayaran tiket hanya RM10 untuk Malaysian

Pemandangan dari atas Menara setinggi 80m

Port Dickson, N9

Perjalanan lebih kurang dalam 1 jam 30 minit, dari Sg Buluh melalui jalan Kepong - Jln. Ipoh - Jln Kuching - Jln Istana - Sg Besi Plus Highway dan exit Seremban Port Dickson

Corus Paradise hotel di Jalan Pantai, Port Dickson

Pemandangan dari atas balkoni

Breakfast di hotel, tak variety sangat, nasi lemak, nasi impit & kuah lodeh, aneka roti dan telur

Mesti best kalau dapat naik ni..

Boleh mandi2 sambil gonggong eskrim..hehe

Night views...lebih kurang jam 11.30 p.m..masih hidup PD ni...syiokk

Night market..nak cari pelampung ke swimming suit ke..mcm2 lg lah..boleh datang sini...mcm2 pilihan
Those makbapak yang nak bawak anak jenjalan tu, PD memang ok, tak perlu menempuh perjalanan yang jauh, tol dari sg besi exit seremban 7.70...dan nak ke PD kena masuk satu lagi tol which is cost 3.20. Penginapan pun takde masalah, yang banyak bintang sikit kebanyakan mengadap laut, harga pun not bad la, cuma harga mengikut hari, hujung minggu dan public holiday mahal banyak. Dari PD nak ke Melaka pun dah tak jauh dah, ikut jalan lama kata Makcik jual goreng pisang tu cuma 50-60km je, jalan straight je. Boleh Jalan-jalan kat dua negeri sekaligus..