Monday, February 23, 2015

Projek Bekal

Hai uolsss ... apamacam?ada baik ka? Blues aku tak habis lagi, lepas cuti biasa la, nak dapat balik momentum adjust time bukan senang. Anak-anak pun sama la, dah lama tak ngantor taska dan sekolah, buat drama air mata la pepagi. Aku nak cerita pasal bekal, very the village kan panggil bekal, nak panggil bento mcm jauh panggang dari api je..aku tak pandai menghias bagai ni. Simple je udah, janji kenyang.



Ini antara koleksi lauk pauk bekal kitorang, untuk anak, bapak dan maknya. Yg si kecik tu pun ada, bubur je untuk dia. Ini semua yang tahun lepas, sebelum perubahan jadual. Sekarang, Anis dah masuk tadika, route dah berubah, jadi masa pun semakin singkat, memang tak sempat nak bangun pagi-pagi nak sediakan semua ni.
Ini cara aku bila masak pagi, memang cepat, tapi bila dah nak kena rushing, aku jadi penat, bangun pagi maintain pukul 5.30, jam 6.15 memang kena keluar dari pagar rumah, memang lap peluh hari-hari. Aku tak boleh awalkan lagi bangun awal, tidur kena cukup, biasala ada anak kecil ni, breastfeeding, gangguan tidur tu banyak. So, sekarang ni, aku cuba cara terbaru, test rasa, tanya pendapat cik abang, APPROAVE! Ok, lega sikit aku. Weekend je aku akan masak 3-4 jenis lauk, kemudian aku frozenkan. Senang sikit kerja aku, bangun pagi, aku panaskan je. Sayur je aku masak pagi tu, sekejap je sayur ni, dan pastikan dah potong siap-siap la malam tu.

Tadaaa....lauk-pauk untuk frozen, clockwise Daging dendeng, Ayam masak merah, Kuah bolognese, sambal gesek, sambal tumis kosong, ayam berlada. Sambal tumis kosong tu memang aku selalu buat siap-siap, nnt goreng je binatang, terus masuk dalam sambal, siap. Sambal tu aku masak sejam atas dapur. Petua nak sambal sedap dan pekat, kena masak lama kat dapur. Lagi lama lagi sedap. Nak snap gambar-gambar bekal ni on off jugak mood aku. Nantila bila-bila aku rajin, aku share la koleksi lauk-pauk bekal aku.

Monday, February 9, 2015

Lepak di Everly Hotel, Putrajaya.

Tak ingat pulak aku bila kami lepak kat hotel ni, bulan januari lepas kot. Sesaja nak lepak, tak tahu nak pergi mana. Nak jalan-jalan area Putrajaya, so kitorang pilih everly hotel, harga pun tak mahal sangat, dalam Rm220 termasuk tax. Asalnya plan nak ke PD, tapi malas nak drive, padahal dah masuk sg besi, so kitorang berhenti kat Hentian Rehat Sg Besi tu, bincang sekali lagi, then aku buka la agoda nak browse hotel terdekat, bincang punya bincang kitorang pilih Everly Putrajaya. Book kat situ jugak, dapat je email, zass kitorang menuju ke Everly. Mudah jugakla guna agoda ni, aku bagi nama je kat reception counter tu bagitau book through agoda, tak payah pun nak printed bagai. Dari tepi hotel ni ada jalan berbumbung terus ke Alamanda. Malam tu hujan, so kitorang lalu ikut situ jela, senang, terus jumpa wayang, tak ingatla apa, GSC kot. Hehehe..lupa lak aku. Sebab tak tgk wayang pun, isi perut je ke sana,
Seronok la kakak dapat tidur hotel, dapat mandi kolam. Asal je keluar, tanya, mama nak pergi tidur kolam yer...amboiii, mcm ler mak kau ni dok cop duit ja. Hotel dia panggil kolam, sebab ada kolam.
Not bad la bilik dia, luas jugak, paling penting lantai mesti carpet atau laminate floor, rimas ooo tiles je ni, sejuk, nak pijak lantai pun takut.
                                 Bantal busuk yang wajib bawak dan selalu interprem..
                             Haaa..ini best, buka air, letak sabun banyak-banyak, bagi bebudak berenang, senang mak ko, tak payah nak tunggu lama-lama kat kolam.

Breastfeeding journey

Alhamdulilah, 15hb ni genap umur Mia 11 bulan, dan sebulan lagi genap setahun. Sihat Alhamdulilah, badan je tak berapa membesar. Badan mia start susut bila aku dah start keje. Rindu betul dengan lelemaks dia dulu, sekarang ni kecut je..sedih mak kau tau. Lepas aku bersalin, aku amik maternity leave 3 bulan + 59 days unpaid leave for caring newborn baby. Cuti panjang aku aritu, dan Alhamdulilah, sebelum bersalin aku dah prepared dan kaut ilmu untuk breastfeeding ni, aku nekad nak susukan anak aku sampai 2 tahun, rasa bersalah dengan kakak dia pun tak habis lagi. So, sepanjang cuti bersalin + tanpa gaji tu, dia sepenuhnya dapat susu badanla. Sebelum aku start keje, aku trained la sikit-sikit dok ngepam, aku tak buat stok pun, sbb mia ni kuat ngempeng, even time tidur pun nak ngempeng.

Bila dah start keje, kat taska aku bekalkan 3 botol, setiap botol 2-3 oz. Yang sedihnya kuantiti tu sehinggala ke hari ini, dan umur begini. Makin tak suka pulak dia minum ebm mama, nak yang asli jugak. Pengasuh selalu report dia taknak minum, minum pun sikit ja. Pernah gak try bagi susu tepung, lagi la dia reject, muntah terus. So, aku teruskan la macamtu, selagi badan dia maintain dan sihat. Bila petang, aku jemput, tak menyabor nak balik rumah, nangis nak susu. Bila balik rumah, memang aku tak boleh buat apa-apa, benda pertama susukan dia dulu. Bila malam memang aku kerap susukan dia, lebih kurang 2 jam sekali, malam pun 2 kali jugakla aku bangun susukan dia. Apa pun aku tetap puas hati sebab mampu bf dia hingga ke hari ini, Alhamdulilah. Berbanding dengan kakak dia, progress mia lebih cepat, 9 bulan lebih dah boleh berjalan, kakak dia setahun lebih, sekarang dah nak masuk 11 bulan, laju je dia jalan, sekejap je dah sampai dapur, fuhhh...lap peluh mak kau..

Cuti CNY kali ni, kami akan buat birthday party untuk budak berdua ni, tengah dok prepare segala macam goodies bag, decoration. Tema fofular sekarang, frozen. Nanti aku update yer segala diy deco dan lintas langsung party, ekslusif sgt kauuu...hahahha..
                                                          Semoga terus sukses...yeayyyy

Thursday, February 5, 2015

Taiping dan Tune Hotel

 Actually, ni percutian kami masa bulan 12 tahun lepas, dok terperam je dalam phone tu. Nak update blog pun kena tengok mood, time otak blank, apa pun tak boleh nak taip. Masa ni kitorang sesaja nak penuhi undangan kenduri kesyukuran sedara. Bolehla sesambil jalan-jalan cari makan. Last minute plan, hotel pun last minute booking jugak. Kami pilih hotel Tune Taiping. Macam biasa la, aku book online, aku amik family room untuk family MIL dan standard room kami yang punya. Sebelum nak pergi sini, aku dah call siap-siap Tune Hotel, tanya provide towel, toiletries ke tak, staff dia cakap, all in. Best, harga murah dan provide semua tu, tak macam tune yg lain.
Pic taken from Tune website. Harga untuk family room termasuk tax, RM190. Luas, dan selesa, BIL aku siap bawa toto lagi, tidur bawah. Harga sgt reasonable lah untuk 4 org dewasa.
Ni bilik kami, standard room, harga selepas tax RM100, ok lah, bilik sempit sikit, padanlah dengan harga, ye tak?
Nak solat, muat-muat je ruang, kekadang tu punggung terlanggar bucu katil...hehehehe
Toilet bersih dan selesa la nak memerut...toilet ni tersangatla penting, entah silap apa ntah, aku ngan cik abang kena cirit birit, haishhh...reject terus aku makan yong tau fu. Kejap lagi aku cerita..
Silap kami agaknya, salah pilih tempat, kalau you all nak tahu, kat belakang bomba tu ada banyak foodcourt yang jual yongtaufu tau, pepandai la buat research dan buat pilihan, takut tersilap macam kami. Makanan bergoreng pun, aduhaiii la...sedihh...Dahla yang datang order pun punya la selekeh, makanan pun tak sedap LANGSUNG! Yongtaufu pulak, aduhai, masam yang lebih, tak tahu la nak describe macammana, senang cerita tak sedapla, sedap lagi kat pasar malam Damansara Damai ni. Sotong pun dah masam. Harga sepinggan tu RM15. Kitorang ada order satey jugak, order 10 cucuk, harga RM18, ada la nasi impit sikit. Berapa dia cas untuk secucuk tak tahu la, lupa nak tanya. Nyesal tak sudah kitorang. Memang tak repeat dah.

Esoknya kami ke kenduri sedara dalam keadaan lemah longlai, tak larat sangat, dari tengah malam asyik ulang memerut je. Sedih je tengok lauk banyak, sedap-sedap, tapi selera tak ada. Balik KL, 2 hari aku dan cik abang MC, teruk betul food poisoning kali ni. Alahai yongtaufu...mimpi ngeri betul...