Sunday, January 30, 2011

Nasi Lemak Antarabangsa, Kota Damansara

Nasi lemak yang terasa lemaknya, sambal pun sedap, sukee lahh..

Paru Goreng memenuhi citarasa rasa, goreng kering dan rangup.
Harganya average dalam RM7 - RM12

Saturday, January 29, 2011

D'Kayangan Steamboat, Seksyen 13, Shah Alam

Seafood variety, saya lagi suka Nelayan seafood, udang dan ketam lagi gemokss


Nasi goreng style kampung yg sedap, semua sedap belaka lah..

Restoren buffet baru berhampiran Acapella Hotel dan berhadapan Tupai2 Restoren. Satu lagi branch dia kat Maeps, Serdang, kedua-duanya keluaran Hjh Maznah. Boleh check http://www.hmaz.com.my/

SS Seventeen, sebelah Bank Islam

Apa nama ntah kedai, tak ingat, dalam SS17, P.J

Agak keras maggi, tapi rasa semua cukup

Sate yang best, cukup rasa rempah, tak de kuah, makan sate saja pun sedap.Sedaplah lagi dari one of famous restoren satay, langsung tak rasa apa, without kuah and sambal dia, aku rasa satay dia memang hancus. Brand je lebih, satay tak sedap.

Monday, January 24, 2011

Nando's

1/4 hot peri-peri chicken with 2 side RM14.50

Di syorkan kalau makan sini amik air gas bikarbonat, leh refill berulang kali.

Nasi Arab Ta'if

Nasi Arab Ayam Mandhi

Satu pinggan kitorang kongsi dua, banyak sgt, nasi dia walllahhh...ayam takde pun takpe, saya boleh makan nasi sahaja.

Kebab kurang menarik, tapi ok la, tak kedekot ayam. Makcik kat atas tu kunun nak diet nasi la, last2 tak pasal kena bungkus nasi dkt dia. Nasi Arab Ayam Mandhi lebih kurang RM15.
Kedai Nasi Arab Ta'if ni berhadapan dengan Giant Kota Damansara

Sri Chana, Kuang

Ikan Kembong Sweet Sour, saya suka sbb digoreng sampai garing. Kuah yg pekat, sedap

Sotong Goreng Tepung. Tepung apa ek dia pakai, sedap gilerzz, tapi sotongnya alahai, kecik miut sgt. Sambal cicah dari kelate kot, sedap.

Tomyam yang cukup masam dan pedas, cukup rasa..

Set untuk 2 orang ni, average dalam RM25, Makanan sini masih harga murah, harga dalam kampung gitu.., Laicikang dan ABC masih berharga RM1.50. Tak pastila barang dah naik harga ni...harga dia pun naik jugak.

JM Briyani

Nasi Briyani style melayu, Jamilah and Mustafa style

Nasi Briyani ayam masak merah, sedap, ayam masak briyani lagi sedap, memang perfect

Dalca melayu, saya sangat suka...Perfect
Set Briyani ayam RM12
JM Briyani ni ada dua cawangan (yg saya tahu je la), satu kat Damansara Perdana, satu lagi dalam Giant Kota Damansara

Sunday, January 23, 2011

I-City, Shah Alam

I-CT, sekali masuk RM10, satu kereta, dulu tak payah bayar, sekarang dah kena

Menarik

Masa kami datang sini, before Christmas, so adalah benda2 ni, ICT ni akan berubah dari semasa ke semasa megikut tema atau perayaan

Penat jugak nak berjalan dari satu tempat ke satu tempat, kalau nak bw makcik2 yang sakit lutut tu lebih baik parking kat luar, tak perlu sgt nak jalan jauh2

Nelayan Seafood, Tasik Titiwangsa

Mewah dengan seafood, Kuah tomyam yang best, tapi tak berapa kick, sukee Seoul Garden tomyam lagi.

Udang yang memang gemoks belaka..

Kami aim ni je..asal je dia tambah baru, kitorang serbu, puas makan

Harga buffet makan sampai buncit RM25, (kalau tak silap), so far ok, selesa

Genting Highlands Outdoor Park

Cable car, RM10 untuk pergi dan balik, masa kami pergi ni tengah hari, tetap sejuk, dinasihatkan sediakan baju sejuk
Untuk satu kepala harga RM46, kalau hujan taman akan ditutup, kalau hujan sekejap bolehlah masuk indoor, then boleh sambung balik, tapi kalau hujan lama sampai ke malam, balik la korang. Senang cakap, pergi je la waktu cuaca elok.

Clown ramai kat dalam ni, mana2 pun ada, leh la collect banyak balloon, diorang ni layan budak tecik je, lau budak besor aka anak dara, tak payah la gedik2 nak beratur sama, buruk nengok..hehe..


Roller Coaster, best, tapi tak lama ada le kot lam lima minit, tak puas rasanya, dah la beratur lama, tapi mainnyerr alahaiii...memang ramai org

Kalau ada banyak penyakit tu, dinasihatkan tak payah la naik bendalah ni..

Pening kepala naik ni, sediakan ubat pening dan muntah

Kalau nak pergi sini, kalau boleh jangan la datang weekend, sgt ramai org, buang masa beratur je, cable car kena beratur, game lagilah, bukan setakat 1 line je, 4,5 line tau..penat!Game pun tak banyak, banyak yg dah tutup..tak best!

Sunway Lagoon Theme Park, Bdr Sunway

Enjoy di Sunway Lagoon, paling best dalam Malaysia, sekali try, memang rasa nak pegi lagi

Kawasan yang luas, takdelah bersesak-sesak dgn manusia, banyak pilihan kolam, takdelah tertumpu pada satu kolam je

Serius enjoy beb, dihiburkan dgn lagu yang rancak..tgk budak tu, lari tak hengat..terkenang daku ms zaman kanak-kanak mandi sungai dulu, tapi sekarang budak2 tak mandi sungai dah...

Kalau yg ni adventure, cuma tak best kalau gi weekend, confirm u all kena que panjang tuk naik bendalah ni

Pakej tiket termasuk game-game di dry park..kami tak sempat main banyak, masa sgt terhad, sampai kul 6 je, disebabkan dok berendam dalam air lama..tak dapatlah naik, kalau nak naik kesemua bendalah ni, kena la manage u'r time

Double tube ni leh kongsi 3 (kalau nak save la), nak masuk dalam ni memang kena sediakan wang yg mencukupi, kena ada bajet tinggi jugak la
Entrance tiket saja dah RM70, dah masuk kena sewa locker, for multiple locker (highly recommend), dah RM15. Single tube RM10, Double RM20, pandai-pandailah kongsi pakai. Makanan pun boleh tahan mahal jugak, makanan luar tak dibenarkan sama sekali bawa masuk. Tapi, memang puas hati, enjoy!

Seoul Garden IOI Mall Puchong

Dessert yg best..ulang la brapa kali yg korang nak

Pelbagai jenis kimchi dan apa ntah nama aku tak tau, kesemuanya korean food syle

Pelbagai perasa perapan

Tak sabar nak makan..

Tomyam yang pedas, tp sedap sgtt...

Buffet for lunch 27.00 and dinner buffet 37.00

Mari memasak!!....boleh datang lagi...best.

Restoren Insaf, Jalan TAR

Jalan-jalan singgah makan kat Jalan TAR, Restoren Insaf, yang selalu disebut-sebut, ni first time kami try,  kalau dari segi rating, customer service 4/10..

Ayam madu (madu ke?lupa letak kot, rasa sebijik cam sos tomato), ayam goreng dia lembut, Ayam yg tak re-goreng kot..hehe..

Nasi beriani yang lembut, saya suka papa dom tuhh..

Mangga Lassi, terasa mangganya. Boleh ke kedai mamak jual jus mangga and air tin sahaja, teh ais, sirap bagai takde. Meja sebelah minta air suam pun dia datang bawa air mineral botol, (padan muka kena sembur ngan customer).Maybe masa kami datang, tukang bt air bercuti. Mangga Lassi segelas RM5 (atau mungkin nak untung lebih, so that customer takde pilihan and terpaksa order jus yg mahal..huhu..). Agak Kecewa.., mungkin kami silap time, rata2 org cerita kat sini sedap, tapi saya lebih suka Briyani Mahbub and JM Briyani.