Enjoy di Sunway Lagoon, paling best dalam Malaysia, sekali try, memang rasa nak pegi lagi
Kawasan yang luas, takdelah bersesak-sesak dgn manusia, banyak pilihan kolam, takdelah tertumpu pada satu kolam je
Serius enjoy beb, dihiburkan dgn lagu yang rancak..tgk budak tu, lari tak hengat..terkenang daku ms zaman kanak-kanak mandi sungai dulu, tapi sekarang budak2 tak mandi sungai dah...
Kalau yg ni adventure, cuma tak best kalau gi weekend, confirm u all kena que panjang tuk naik bendalah ni
Pakej tiket termasuk game-game di dry park..kami tak sempat main banyak, masa sgt terhad, sampai kul 6 je, disebabkan dok berendam dalam air lama..tak dapatlah naik, kalau nak naik kesemua bendalah ni, kena la manage u'r time
Double tube ni leh kongsi 3 (kalau nak save la), nak masuk dalam ni memang kena sediakan wang yg mencukupi, kena ada bajet tinggi jugak la
Entrance tiket saja dah RM70, dah masuk kena sewa locker, for multiple locker (highly recommend), dah RM15. Single tube RM10, Double RM20, pandai-pandailah kongsi pakai. Makanan pun boleh tahan mahal jugak, makanan luar tak dibenarkan sama sekali bawa masuk. Tapi, memang puas hati, enjoy!
No comments:
Post a Comment