Ok, hari ni dah gaji, maka azam dimulakan. Eh? apa kaitan kah? Dah tak jadinya benarnya nak beli produk detox ni, sbb terbaca buku Detox yourself..30 days only, and she promise after 30 days, your body will be more energy, lost several pound, and beautiful. Ok, kita guna semulajadi. Sejak dua menjak ni, aku dah kurangkan pengambilan nasi and makanan berminyak. So far, badan dah rasa ringan sikit, mudah nak bergerak, kalau tidak, seharian je aku dok depan pc ni, malas nak angkat punggung, mau taknya badan tu berat sgt.
Dalam tempoh seminggu ni, aku timbang, no changes lagi. Ok, takpe, bukan itu matlamat utama aku, matlamat utama aku adalah SIHAT dan CANTIK. Cantik maksud aku adalah, lebam mata, dagu berlapis, gatal-gatal badan, kulit kusam akan hilang. So, aku akan jadi cantik, insyaallah. Dan masalah semua tu adalah disebabkan toksin berlebihan dalam badan aku. Sihat pula, bila badan tak obes dan kurangkan makanan tidak sihat, maka penyakit pun kuranglah.
Sejak dari hari selasa minggu lepas, aku dah tak makan nasi. Nasi aku cuma jamah hari sabtu je. Hari-hari lain aku gantikan dengan biskut, roti tuna. Dah gaji ni boleh la shopping makanan sihat. Biskut sedap + buah.
Nanti sambung lagi alkisah ceritera dan progress sihat dan cantik ni.
Monday, September 24, 2012
Friday, September 21, 2012
Nak Gemoksss...
Tahun ni, insyaallah aku akan dapat anugerah. Anugerah MC terbanyak. Kejap2 migrain, kejap Ciritbiriti, angin, demam, susah bernafas mcm2 lagi lah. Sejak aku bersalin ni lah, penyakit-penyakit tu asyik ler datang. Lagiiiikkk nak salahkan bersalin, lempang diri sendiri...! Badan mengembang ni tak pulak salahkan..huhuhu..Ok, now aku terima kenyataan yang aku dah gemuk 2 kali ganda. Takut nak mik pic diri sendiri. Bila tgk gambar yang org lain snap, alamak! aku ke tu? Ya..ampun, perut selambak, lengan besaq peha. Takuitt dan ngeri...! Mulai saat ini, aku berazam sepenuh jiwa dan raga, nak gemokss...eh salah, nak sihat! aku nak sihat! kurus takmo, nnt terlebih cantik, eh?
Disebabkan tujuan murni aku ni nak sihat, perkara pertama aku harus buat adalah detox, antara penyebab masalah angin dalam badan, migrain dan lebam bawah mata adalah disebabkan toksin berlebihan, so now, aku tgh tggu gaji nak beli produk utk nyahkan toksin dalam badan aku ni...puihhh...hahahha. Maka azam ni di tangguhkan sementara tunggu gaji. kahh..kahh...To be continue...
Disebabkan tujuan murni aku ni nak sihat, perkara pertama aku harus buat adalah detox, antara penyebab masalah angin dalam badan, migrain dan lebam bawah mata adalah disebabkan toksin berlebihan, so now, aku tgh tggu gaji nak beli produk utk nyahkan toksin dalam badan aku ni...puihhh...hahahha. Maka azam ni di tangguhkan sementara tunggu gaji. kahh..kahh...To be continue...
Thursday, September 20, 2012
Menantu baik hati...
Perasannya kan tajuk....well, u know me!Akulah menantu paling baik di abad ini, hak tuihh! My FIL n family plan nak ke Felda Chini, ziarah suku sakat. Benda paling bosannnn dalam hidup aku, travel jauh-jauh, semata-mata nak mengadap muka suku sakat, makan dan tidur. Maka, aku jugaaaakklah yang memaksakan diri arrange plan supaya jadikan travel jauh-jauh ni sebagai satu family vacation tapi aku suka. Hari keduanya, semua haruslah mengikut arahan aku supaya segalanya berjalan lancar. Hotel aku dah booking, maka berkonvoi lah kami menuju ke kuantan, Pahang.
Duta Village Beach, Rm3++ utk 1 chalet ada 2 bedrooms + 1 extra bed
Satar sedap dari Kedai Paksu, kuantan.
Dinner di restoren Sri Jembal dkt je ngan hotel, walaupun main redah je, tapi sedappp sgttt...
Semua tu baru RM84 termasuk air 1 jug ais asing.
Memang nak pergi lagi. Maka...MIL n family pun memasang angan2lah nak datang sini lagi 2 tahun lagi, hikk..hikk...2 thn lagi? payah benor mereka nak bercuti...lantaklah...yg pasti lagi 2 bulan aku akan datang sini balik..mimpikan sotong goreng tepung...slurrrppp...
Again and again....
Haaa....i told you...! Kan aku dah buat sekali lagi, lupa dan buat-buat lupa nak menaip. Hapehapepunn...kita continue as usual lah. So, utk vacation, ada banyaaakkk ceritera dan banyakkk jugak tempat yang dah aku terokai..few months ago, aku bercuti ke Langkawi, before ke sana adalahhh beberapa kisah yang tak ingin kita dengar. Tertipu dan terpedaya utk pertama kalinya oleh agen pelancongan. Waahhh, asalnya memang dah berbunga-bunga nak bercuti kat langkawi nih, nak bawa mr.mz ke sana. Padahal dah berkurun dok kedah, langkawi pun tak pernah jejak, apa punya turrr ler laki eden ni.
Secara kebetulan-lah kitorang gi giant Bt Caves, tgh syok2 nak menonong masuk giant, kami distopkan oleh makhluk ni, pang pung pang...dia offer percutian, pergi sana dapat murah, pergi sini dapat murah, siap dapat free 3hr 2 mlm kak, murah ja pakej kami, pung pang pung pang...maka aku pun, dengan takdak rasa bersalah sikit pun, sambil jeling kat org sebelah, bangga mengeluarkan kad gold aku (hakkk tuihhh....), dan 10 minit kemuadian aku balik bawak kad ahli berharga 698 tunaiiiiii.....puas hati! Entah mcmmana, tetiba tergerak hati nak google nama syarikat pelancongan nih...dan keluarlah result paling atas sekali ****** tipu. Dan banyak jugaklah komplen2 dari customer. Camno nih....berdebaq toksah habaq la...nak sedapkan hati, takpalah, kita cubalah jugak booking secepat mungkin before syarikat tu lingkup. Adalah dalam 2-3 bulan gitu before tarikh kejadian, aku book. Seperti perjanjian, since dah jadi ahli, kita otomatik lahh akan dapat free vacation. So, dalam list tu, we chose langkawi, 3 hr 2 mlm di Awana Porto Malai.Dan 2 minggu sebelum kejadian, kerani syarikat tu call, yg aku cuma layak dapat Bella Vista sahaja, nak awana kena tambah dueettt...WTF?..terima jugak laaahhh..apakan daya. Dan hari kejadian, kami menerimanya dgn hari terbuka dan bercuti dengan riang ria-nya...ahhh...lupakanlah...peringatan buat aku..jangan pisang berbuah dua kali udah ler!
Di bawah ni antara perbelanjaan untuk ke sana :
Hotel : Di bayar oleh agen.
Feri : K.Kedah : 23.00 x 2 = 46.00 Two Way = 92.00
Island Hopping : 30.00 x 2 = 60.00
Kereta Sewa : Proton Wira aeroback 120.00 (48 jam)
Kesemuanya kami dah book di jeti kuala kedah masa nak bertolak. Di sebabkan bukan waktu cuti sekolah, harga yang kami dapat agak murah jugak la. Sebelum bertolak, aku dah google siap-siap dah makan best kat sana, banyak jugak aku dapat maklumat. Cubalah ke Wan Thai restoren, walllahhh...dah terliur balik nih, harga taraf restoren 4 star, food dia taraf 5 star. Puas hati..
Subscribe to:
Posts (Atom)