Thursday, September 20, 2012

Again and again....

Haaa....i told you...! Kan aku dah buat sekali lagi, lupa dan buat-buat lupa nak menaip. Hapehapepunn...kita continue as usual lah. So, utk vacation, ada banyaaakkk ceritera dan banyakkk jugak tempat yang dah aku terokai..few months ago, aku bercuti ke Langkawi, before ke sana adalahhh beberapa kisah yang tak ingin kita dengar. Tertipu dan terpedaya utk pertama kalinya oleh agen pelancongan. Waahhh, asalnya memang dah berbunga-bunga nak bercuti kat langkawi nih, nak bawa mr.mz ke sana. Padahal dah berkurun dok kedah, langkawi pun tak pernah jejak, apa punya turrr ler laki eden ni.

Secara kebetulan-lah kitorang gi giant Bt Caves, tgh syok2 nak menonong masuk giant, kami distopkan oleh makhluk ni, pang pung pang...dia offer percutian, pergi sana dapat murah, pergi sini dapat murah, siap dapat free 3hr 2 mlm kak, murah ja pakej kami, pung pang pung pang...maka aku pun, dengan takdak rasa bersalah sikit pun, sambil jeling kat org sebelah, bangga mengeluarkan kad gold aku (hakkk tuihhh....), dan 10 minit kemuadian aku balik bawak kad ahli berharga 698 tunaiiiiii.....puas hati! Entah mcmmana, tetiba tergerak hati nak google nama syarikat pelancongan nih...dan keluarlah result paling atas sekali ****** tipu. Dan banyak jugaklah komplen2 dari customer. Camno nih....berdebaq toksah habaq la...nak sedapkan hati, takpalah, kita cubalah jugak booking secepat mungkin before syarikat tu lingkup. Adalah dalam 2-3 bulan gitu before tarikh kejadian, aku book. Seperti perjanjian, since dah jadi ahli, kita otomatik lahh akan dapat free vacation. So, dalam list tu, we chose langkawi, 3 hr 2 mlm di Awana Porto Malai.Dan 2 minggu sebelum kejadian, kerani syarikat tu call, yg aku cuma layak dapat Bella Vista sahaja, nak awana kena tambah dueettt...WTF?..terima jugak laaahhh..apakan daya. Dan hari kejadian, kami menerimanya dgn hari terbuka dan bercuti dengan riang ria-nya...ahhh...lupakanlah...peringatan buat aku..jangan pisang berbuah dua kali udah ler!  
Di bawah ni antara perbelanjaan untuk ke sana :
Hotel : Di bayar oleh agen.
Feri : K.Kedah : 23.00 x 2 = 46.00 Two Way = 92.00
Island Hopping : 30.00 x 2 = 60.00
Kereta Sewa : Proton Wira aeroback 120.00 (48 jam)

Kesemuanya kami dah book di jeti kuala kedah masa nak bertolak. Di sebabkan bukan waktu cuti sekolah, harga yang kami dapat agak murah jugak la. Sebelum bertolak, aku dah google siap-siap dah makan best kat sana, banyak jugak aku dapat maklumat. Cubalah ke Wan Thai restoren, walllahhh...dah terliur balik nih, harga taraf restoren 4 star, food dia taraf 5 star. Puas hati..

No comments:

Post a Comment