Monday, December 22, 2014

Pisang goreng cheese

Nak menternak lemak namanya ni, ketagih betul aku dengan benda ni, sekali dua beli kat kedai, rasa tak puas je, cheese sikitla, coklat cairla, ada ja kurangnya. Buat sendiri betul-betul holiaauuu la.. Modal beli cheddar block tu baru Rm8.++, pisang Rm3.00 sesisir tu, coklat chips Rm3.00 sebungkus  (aku suka coklat chip BAGUS Bakery, sedap), susu pekat sikit. Ha, boleh sorang sepinggan ngan laki aku, sorang 10 ketul, dengan cheese padat, coklat padat..pisang konfem rangup. Cheese block dan coklat chips tu boleh pakai banyak kali, setamak-tamak nafsu aku yang tabur banyak cheese tu pun boleh pkai 5-6 kali tau, tak ke jimat tu.
Ok, senang je nak buat ni, tak ado nyer nak bg resepi secawan ke apa, aku bancuh tepung gandum, tepung beras dan tepung rangup ADABI, air agak-agakla, jangan la cair sangat, pastu letak gula sikit dalam bancuhan tu, masuk pisang, kasi gorengla, kalau sebiji pisang tu aku suka potong 6, pastu goreng garing ja, tak suka potong tebal-tebal, tak garing la uolsss...Dah siap goreng, cepat-cepat, tuang susu pekat tu manja-manja je, sikit je jgn banyak, kang muak lak, tabur cheese dan coklat chips, tadaaa....Selamat Menternak Lemakss.


Sunday, December 21, 2014

Throwback ➡Melaka

Happy Monday everyone! Lemau siot pagi ni, rasa tak cukup je cuti dua hari, dengan sabtunya busy tengok bola. Kalau tengok bola kat stadium, peruntukkan masa lebih kurang 9-10 jam tau, memang kena keluar awal, nak hadap jemnya, nak cari parking lagi, dan mesti nak berebut tempat yang view paling best, kalau lambat dapatla tempat yang view tak best, belakang tiang gol, dekat vvip hihihi..., Xpe, walaupun kita kalah, tapi kita kalah dengan bergaya, kita menang di tempat sendiri, Tahniah la pada pasukan kita, bukan senang tau nak kalahkan Thailand ni. Dan satu lagi aku nak cerita, sebak aku tengok penyokong-penyokong Malaysia berjemaah solat beramai2, memang padat, segan pulak aku nak ambil gambar org tengah solat, so xdela gambarnya. Surau perempuan pulak dipenuhi seawal 6.30 ptg, dah bersedia nak solat maghrib. Ada yang selalu cakap org yang pergi tgk bola tak solat, awak salah, bukan semua macamtu tau, asyik nak negatif je. Ok, aku update arini bukan nak cerita pasal bola, nak cerita pasal Melaka, bulan 11 lepas, kami jalan-jalan cari makan ke Melaka. Tempat pertama kami singgah Coconut Shake Pantai Klebang, ikut wave je. Ramai sungguh orang, padahal weekend biasa je, kalau time cuti sekolah ni, double triple kot que, coconut shake dia memang terbaik, nyesal order segelas je, nak beratur order balik malas, redha jela. Sampingan-sampingan yang lain biasa2 je la, banyak sgt pilihan kuih muih, makanan ringan2.
Di sebabkan percutian yang tak dirancang, main redah je, sampai sana baru nak cari hotel, padan muka kami, banyak yang penuh ler pulak area sekitar bandar tu, nasib baik la ada hotel Midcity Hotel ni, tu pun check kat agoda, tapi aku xla booking thru agoda, aku cr nama hotel je then google tuk dapatkan contact number, Alhamdulilah ada kosong lagi, dan siap promo lagi, sempena pembukaan baru, harga asal RM210, harga promo 152 include breakfast. Bilik bersih, cantik, yelah hotel baru kan.
Seafood ni kitorang makan dekat Ikan Bakar Parameswara. Mak oii, ramainya orang, siap berdiri2 tunggu orang habis makan. Makanan sini, ok la, seafood fresh, sambal atas ikan tu, biasa je, udang goreng kunyit sedap, sotong biasa je, nasi putih lembik, keciwa :(. Apa pun seafood mmg fresh, layan je kunyah isi siakap tu.
Lunch esoknya kami ke Dataran Pahlawan, cari makan area situ je, kedai Asam Pedas Jr Bandar Hilir, kat area dataran tu je, ramai orang kat situ, asam pedas marvelous, ada ke asam pedas kat Melaka ni tak marvelous? Ayam kampung goreng tu sangat sedap okeh, ketam tu pun manis je isi dia, bestlah...ok, sekarang aku terliur balik, kena repeat lagi nnt.

Friday, December 19, 2014

Ana ikan bakar, Tanjung Lumpur

Tujuan utama aku ke Kuantan, semestinya...MAKANNNN.... ok, dari hotel yang kami stay, nak ke Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur ni  lebih kurang 4km je, dekat sangat, kitorang gerak petang, lebih kurang pukul 6pm, saja tak nak pergi malam, taknak crowded, tak tenang nak makan. Macammana pun org tetap ramai gak, tapi Alhamdulilah, meja banyak. Mula-mula dapatkan meja, then baru pilih seafood. Aduhai, geram betul tgk seafood nih, fresh je, payah hoi nak jumpa kat KL. Teringat aku dolu2 punya kisah, lakibini mengidam nak pekena ikan bakar, nak cari yang dekat-dekat je, google punya goole jumpa la satu kedai kat selayang, masa kami sampai, kedai baru nak buka, kitorang terlebih awal, excited punya pasal, then nampakla tokey dia baguih punya turun dari van dia bw turun plastik NSK berisi ikan...pastu susun dalam sampan, uhukk..uhukk...sedih nau! Mengharapkan ikan fresh dari laut...huhu..nan ado! Ok, sambung cerita Ana Ikan Bakar...lupakan kisah lama..hahaha. Ok, Ikan bakar dia lain dari lain, apa yang lain? Harusla petai, sedapp..Ketam aku amik, masak tiga rasa, pun sedap, pepahat masam manis, udang bakar petai (paling win), dan sotong agak liat sikit dan keras. Lupa pulak aku harga semua tu berapa, yang pasti semua tu tak sampai seratus pun, nanti aku cari resit if ada lagi la. Layan jelah keindahan makanan kat bawah ni...







Thursday, December 18, 2014

Bermalam di Mega View Kuantan

Sebelum cuti sekolah aritu aku and the gang buat percutian mengejut, pun xadalah mengejut sangat, beberapa hari sebelum aku dah booking hotel dekat agoda, dan sangatlah bernasib baik, aku dapat hotel yang selesa dan murah. Dekat agoda ada offer sebilik hanya Rm80, aku book dua bilik. Harga ni without breakfast dan harga sebelum public holiday, harga peak days dah lain yer, maybe pertambahan dalam 50 ke atas, aku tak tahu le sangat, sebab aku kalau nak bercuti mesti pilih hari selain dari public holiday, rimas hoihh nak bersesak ni. Hotel pun murah sikit.

        Aku kalau nak pilih bilik, mesti kena ada carpet atau laminate floor, tak suka kalau sekadar tiles, tak selesa nak memijak, rasa sejuk sampai ke gigi..Eh?..apa kena mengena ntah..ke korang pun rasa mcmni? Apa pun mmg best la hotel ni, jimat, selesa, ada internet free (senyum sampai telinga), dekat dengan bandar, best..best..best... :) . Duit boleh spend kat makan...hahaha, percayalah, kuantan pun syurga makan jugekkss...nyum,..nyummm