Nak menternak lemak namanya ni, ketagih betul aku dengan benda ni, sekali dua beli kat kedai, rasa tak puas je, cheese sikitla, coklat cairla, ada ja kurangnya. Buat sendiri betul-betul holiaauuu la.. Modal beli cheddar block tu baru Rm8.++, pisang Rm3.00 sesisir tu, coklat chips Rm3.00 sebungkus (aku suka coklat chip BAGUS Bakery, sedap), susu pekat sikit. Ha, boleh sorang sepinggan ngan laki aku, sorang 10 ketul, dengan cheese padat, coklat padat..pisang konfem rangup. Cheese block dan coklat chips tu boleh pakai banyak kali, setamak-tamak nafsu aku yang tabur banyak cheese tu pun boleh pkai 5-6 kali tau, tak ke jimat tu.
Ok, senang je nak buat ni, tak ado nyer nak bg resepi secawan ke apa, aku bancuh tepung gandum, tepung beras dan tepung rangup ADABI, air agak-agakla, jangan la cair sangat, pastu letak gula sikit dalam bancuhan tu, masuk pisang, kasi gorengla, kalau sebiji pisang tu aku suka potong 6, pastu goreng garing ja, tak suka potong tebal-tebal, tak garing la uolsss...Dah siap goreng, cepat-cepat, tuang susu pekat tu manja-manja je, sikit je jgn banyak, kang muak lak, tabur cheese dan coklat chips, tadaaa....Selamat Menternak Lemakss.
No comments:
Post a Comment