Sunday, December 21, 2014

Throwback ➡Melaka

Happy Monday everyone! Lemau siot pagi ni, rasa tak cukup je cuti dua hari, dengan sabtunya busy tengok bola. Kalau tengok bola kat stadium, peruntukkan masa lebih kurang 9-10 jam tau, memang kena keluar awal, nak hadap jemnya, nak cari parking lagi, dan mesti nak berebut tempat yang view paling best, kalau lambat dapatla tempat yang view tak best, belakang tiang gol, dekat vvip hihihi..., Xpe, walaupun kita kalah, tapi kita kalah dengan bergaya, kita menang di tempat sendiri, Tahniah la pada pasukan kita, bukan senang tau nak kalahkan Thailand ni. Dan satu lagi aku nak cerita, sebak aku tengok penyokong-penyokong Malaysia berjemaah solat beramai2, memang padat, segan pulak aku nak ambil gambar org tengah solat, so xdela gambarnya. Surau perempuan pulak dipenuhi seawal 6.30 ptg, dah bersedia nak solat maghrib. Ada yang selalu cakap org yang pergi tgk bola tak solat, awak salah, bukan semua macamtu tau, asyik nak negatif je. Ok, aku update arini bukan nak cerita pasal bola, nak cerita pasal Melaka, bulan 11 lepas, kami jalan-jalan cari makan ke Melaka. Tempat pertama kami singgah Coconut Shake Pantai Klebang, ikut wave je. Ramai sungguh orang, padahal weekend biasa je, kalau time cuti sekolah ni, double triple kot que, coconut shake dia memang terbaik, nyesal order segelas je, nak beratur order balik malas, redha jela. Sampingan-sampingan yang lain biasa2 je la, banyak sgt pilihan kuih muih, makanan ringan2.
Di sebabkan percutian yang tak dirancang, main redah je, sampai sana baru nak cari hotel, padan muka kami, banyak yang penuh ler pulak area sekitar bandar tu, nasib baik la ada hotel Midcity Hotel ni, tu pun check kat agoda, tapi aku xla booking thru agoda, aku cr nama hotel je then google tuk dapatkan contact number, Alhamdulilah ada kosong lagi, dan siap promo lagi, sempena pembukaan baru, harga asal RM210, harga promo 152 include breakfast. Bilik bersih, cantik, yelah hotel baru kan.
Seafood ni kitorang makan dekat Ikan Bakar Parameswara. Mak oii, ramainya orang, siap berdiri2 tunggu orang habis makan. Makanan sini, ok la, seafood fresh, sambal atas ikan tu, biasa je, udang goreng kunyit sedap, sotong biasa je, nasi putih lembik, keciwa :(. Apa pun seafood mmg fresh, layan je kunyah isi siakap tu.
Lunch esoknya kami ke Dataran Pahlawan, cari makan area situ je, kedai Asam Pedas Jr Bandar Hilir, kat area dataran tu je, ramai orang kat situ, asam pedas marvelous, ada ke asam pedas kat Melaka ni tak marvelous? Ayam kampung goreng tu sangat sedap okeh, ketam tu pun manis je isi dia, bestlah...ok, sekarang aku terliur balik, kena repeat lagi nnt.

No comments:

Post a Comment