Monday, March 16, 2015

De rhu beach resort dan Kuantan

Asyik-asyik Kuantan, asal je nak jalan-jalan, pilih Kuantan. Acaner kan, dah Kuantan tu banyak tempat makan sedap-sedap, ke sana la kita selalu. Lagipun untuk cuti singkat ni kitorang prefer yang dekat-dekat je tapi best, Kuantan la jawabnya.

Ok, ni kali kedua kami stay dekat De Rhu Beach Resort, Balok. Masa 1st time kitorang stay sini dulu, kolam permainan tu ditutup, pastu masa tu harga bilik standard baru RM140 je thru online, aku siap amik dua bilik connecting lagi masa tu, satu bilik untuk adik aku, sekarang harga dah mark up, tapi still okla berbanding hotel-hotel yang berdekatan. Selain cari makan, ada la jugak aktiviti anak-anak kat situ, boleh mandi kolam. Harga bilik now RM240 ke atas. Aku book last minute, so bilik standard dah habis, yang tinggal super deluxe RM300 nett. Kami amik la jugak, nak stay kat bandar Kuantan takut kang crowded pulak malam tu, yelah malam tu ada game kat stadium. Takut jalan jem, payah pulak kami nak keluar cari makan.


Bilik kami mengadap kolam, jenuhla kakak dok mengendap ja kolam ni, kejap-kejap, 'mama, ada orang la kat kolam', 'mama, budak-budak ramaila'. Tiap kali dia ajak nak mandi kolam je, aku cakap kolam tutup, takde budak, tu yg asyik mengendap je tuh. Huish, dia kalau boleh nak mandi 24 jam, makpak boleh bertahan tunggu sejam je. Panas hoih. Sepanjang aku duduk sana, memang panas sgt, tak hujan langsung, masa sampai je, tgk jalan merah berabuk je, lama tak hujan agaknya, tambah pula, lori tanah dok bw tanah je, tu yang berabuk teruk. Kolam ni di buka untuk pengunjung luar sama, ada certain time akan ramai la orang.

Ha, ni kedai favourite aku, Seri Jembal, berapa km je dari situ. Dekat sgt, dalam wave pun ada tau. Kami tak makan kat kedai, kasi tapau je, seludup bawa masuk bilik. Hahaha, anak kecik aku tu tak reti dok diam, tak aman nak makan bersenang lenang kat kedai.  Kang ada yang tercekik tulang.


Ni menu dinner kitorang, Siakap bakar, Sotong goreng tepung, lala masak pedas, udang sweet sour, dan sup sayur. Semua tu baru RM87.70. Ikan tu RM40, besar ngko, jenuh kami nak habiskan. Udang tu aku amik 4 ekor, besar dabak, cuma maybe lepas ni kena amik goreng kunyit kot, sweet sour tu agak kurangla. Lala masak pedas terbaik! Sotong mcm biasa, lembut ja, tapi masa disebabkan tapau agaknya, pastu masuk dalam polistren panas-panas, tepung dia jadi lembik, sebelum ni aku makan kat kedai, ok je, rangup, sedikit terkilan la, aku ngidam sgt yg ni la.Huhuhuhu...

Esoknya lepas checkout kami ke Tanjung Lumpur, kali ni, aku tak pergi Warung Poksu tu, aku try tempat baru, sebelum sampai warung poksu tu, sebelah kanan, Kedai Mokna keropok lekor. Sotong dia terbaik. Terubat la jugak kempunan aku nak makan sotong goreng tepung rangup. Sotong tiada dalam gambar, si pelahap tak menyabor. Yang ada cuma satar dan otak-otak. Sedap jugak, satar lagi best kot dari kedai poksu tu, sebab dia bakar secukup rasa, kalau kat kedai poksu tu org ramai sgt, siap beratur nak tunggu satar, so dia bakar ala-ala jela, bila tapau je, by the time sampai KL, dah kurang dah. Kat sini orang tak ramai sgt maybe sebab populariti kot, diorang pun start lambat, yang goreng-goreng ni pukul 1.00pm pun tak complete lagi, udang tak goreng lagi la. Tapi rasa boleh tahan, lepas ni boleh datang lagi. Keropok lekor aku beli kat kedai Oh Fatimah, area Balok jugak. Tapi rasa macam dah kureng la berbanding dulu.

Lepas ni, aku plan nak ke Johor pulak, teringin Murtabak cheese hoihh...dapnyerrr...


No comments:

Post a Comment