Tuesday, March 3, 2015

Birthday Party : AnisMia Turn 5 and 1

Alhamdulilah, selesai majlis sambutan hari lahir anak-anak aku. Kesian Anis dah 2 tahun tak buat majlis besar-besaran. Memang tiap kali nak buat, kitorang akan buat kat kampung, nak raikan dengan sepupu sepapat dia, baru happening. Secara tak langsung, kitorang boleh gathering satu family. Seronok sangat, kali ni pulak kami tambah satu lagi aktiviti, games, havoc la sikit kan, asyik-asyik nyanyi, tiup lilin, makan. Now, kita excercise sikit pusing kerusi. Actually awalnya plan banyak games, termasuklah persembahan, karaoke, tapi mak punya rumah renovation tak siap lagi, terpaksa la cancel. Tu pun bolehla, ada dr takde langsung kan. Spesifikasi games, tak boleh lari, gaduh, family means budak-budak boleh main, dewasa pun boleh dan sebagainyalah. So, decide buat music chair la. InsyaAllah, ada rezeki, umur panjang, birthday party yang lain, kita buat banyak lagi games dan hadiah. Aku dok bayangkan nak buat games pecah belon, dengan syarat duduk atas belon, hehehe...mesti terjerit-jerit ja masing-masing, baru happening. Family-family je, so, xpayah nak cover-cover. Seronok sebenarnya aktiviti macam ni, yelah, bila ada majlis, semua berkumpul, adakan satu aktiviti menarik, secara tak langsung eratkan lagi hubungan kekeluargaan tu, yelah, masing-masing dah ada family sendiri, anak-anak dah besar, takut-takut nanti, jarang-jarang jumpa, semakin jauh pulak, kang ada pulak bila kahwin atau mati baru nak nampak muka. Aku harap aktiviti macamni akan berterusan, biarlah duit habis banyak pun, janji matlamat tu sampai.

Jamuan bertemakan hi-tea, simple jelah dah minum petang je kan. Memang aku suka buat petang, bebudak boleh main, lari-lari kat luar, tak panas sangat. Nak sediakan food pun senang, yg ringan-ringan ja. Tetamu dalam 30 orang mcmtu, family aku dan family suami.
Anis and her cousins, ada lagi yang tak cukup sebenarnya ni, yang tak dapat balik, anak tuisyen. Takpe, lepasni kita pastikan semua balik.
Kek tu aku tempah kat fairy Sungai Petani je, sebiji RM34 ja, murahkan.Sedap pulak tu. So, aku amik dua. Disebabkan nak raya cina masa tu, tempah awal dan ambil pun sehari sebelum majlis, nasib baikla muat peti ais mak tu.
Food yang ada. Sate tu suami beli dekat semeling, At Sate, secucuk 35sen je. Beli 200 cucuk baru RM70.00. Yang lain, Ayamas drumet, sosej, bihun ibu mertuaku, nasi lemak, rojak ibu mertua ku.
The winner is...Mr. Man...hahhaa...Hamper tu disponsor oleh abg aku. Tuan majlis dah over budget.
Banyak jugakla duit habis, yelah bajet balik kampung lagi, food semua, 5-6 rat jugakla, takpe, setahun sekali je, janji happy dan ukhuwah tu berpanjangan. So, lepas ni, aku nak cadangkan sapa-sapa yang buat majlis lagi, kita contribute la apa yang termampu. Alah, nak gather ramai-ramai, apa salahnya kan.

No comments:

Post a Comment